Thursday, 24 January 2013

Bahaya Goncang Bayi

Secara amalannya, ramai di kalangan kita semua yg suka menggoyangkan/ menggoncang bayi samada semasa main, semasa nk bg baby tdo, @ semasa nak pujuk baby takmo bagi baby nangis...ini adalah fenomena yg biasa kita lihat dan kita buat...kannnn... :)

Pada dasarnya, perkara mcm ni nampak biasa dan kita pun berasa ianya takkan mendatangkan mudarat ataupun takkan buatkan baby sakit...ya..takkanlah...tapi kadang2 tanpa sedar keadaan yg biasa td akan jd x biasa, contohnya kita x sengaja terkuat menggoncang badan baby ker, ataupun kita melompat dgn memegang baby n lompatan kita boleh menyebabkan hentakan pada baby...

Shaken Baby Syndrom (Sindrom Goncang Bayi), boleh mengakibatkan beberapa komplikasi terhadap baby spt sawan. Sawan berlaku apabia terdapat tisu abnormal pd tisu otak dan gejala sindrom ini akan mengakibatkan sawan keka pada baby. Sindrom ini juga mengakibatkan berlakunya kekurangan oksigen atau bengkak pd otak yg akhirnya membawa kematian.

SBS kerap berlaku pada baby berumur 5 tahun dan ke bawah, banyak kes mengaitkan baby yg berumur setahun dan ke bawah. Hentakan yg terlalu kuat membuatkan pergerakan berlaku pd otak sehingga berlakunya masalah bengkak pd otak. Berlakunya pendarahan pd otak atau di kawasan lain mengakibatkan kesan buruk yg boleh membawa maut kpd baby.